SAGA FLX


SAGA FLX

1. SAGA FLX 1.3 SUPER VALUE (SV)
Kebanyakan ramai yang tidak tahu SAGA SV sebenarnya SAGA FLX dan Maksud FLX adalah FACELIFT EXTRA & SV adalah SUPERVALUE

Why SV?

SAGA FLX 1.3 SV

Proton telah melancarkan model mampu milik iaitu Saga SUPER (SV) dengan harga yang lebih rendah, namun dengan nilai kenderaan lebih tinggi berbanding sebelum ini. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman berkata, Proton Saga SV yang dilancarkan hari ini berharga RM36733 hingga RM40183 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu.


“Apa yang menarik, dengan harga yang lebih rendah ini kami tidak mengurangkan nilai model tersebut tapi kita meningkatkannya. Saga SV yang dilancarkan ini memiliki rating standard keselamatan ASEAN NCAP 3 Bintang yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada model ini.


SAGA FLX

Model yang dikeluarkan oleh proton untuk generasi baru mengantikan yang lama. Rekebentuk yang diterapkan elemen classic menjadikan model ini lebih menjadi tumpuan ramai .Nama yang digunakan mengembalikan nostalgia kegemilangan proton 25 tahun dahulu. Mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat dengan harga yang lebih berbaloi.Bermula dengan model SAGA BLM dan ditransformasi kepada SAGA FL dengan wajah yang tampak bergaya kemudian dinaiktaraf dengan kekotak gear CVT iaitu dikenali sebagai SAGA FLX kini menjadi kegilaan ramai .

GENERAL
  • Winner of the Small Sedan/ Hatchback Category 2008
  • Frost & Sullivan awarded 'Best Passenger Model Car of the Year 2010
  • Menggunakan enjin campro IAFM , DOCH 16 valve 
  • 94 HP dan kelajuan maksima 160 km/h
  • 1.3 liters dan 1.6 liters
  • Turning radius 5.3 m
PRACTICAL & CONVENIENT 
  • Cermin pemandu dan penumpang dilengkapi power window
  • Radio dilengkapi format MP3,USB & AUX
  • Steering diperbarui dengan kawalan radio
  • Ciri keselamatan cermin pandang sisi diperhebatkan lampu LED
  • Pemandu boleh laraskan ketinggian kerusi bagi mendapatkan keselesaan
  • Penghawa dingin yang pasti menyaman udara
  • Lampu hadapan dan belakang direkabentuk mengikut citarasa moden 


SAFETY
  • Beg udara kembar dengan teknologi terkini mampu mengimbangi tekanan udara dengan berat badan semasa berlakunya kemalangan .Berfungsi mengelak daripada kecederaan bahagian kepala dan dada lebih serius
  • Rekabentuk struktur kenderaan mengikut piagam ciri keselamatan tahap terbaik , kukuh dan berkualiti tinggi
  • Dilengkapi dengan sistem immobilizer bagi mengelak daripada kecurian kenderaan dengan mudah.
  • Ketinggian dan kelebaran struktur yang ideal merupakan kelebihan semasa membelok serta melakukan pusingan "U" . Lebih stabil dan mudah untuk dikawal dengan adanya teknologi suspension lotus. 
  • Reverse sensor yang mempunyai skala lebih besar mampu mengimbas objek di belakang dengan lebih berkesan.
COMFORT
  • Dimensi struktur lebih lebar dan panjang mampu memberi keselesaan 
  • Bonet belakang yang luas mampu menyimpan lebih banyak muatan barang
  • Suspension yang direka oleh lotus mengikut alunan hentakkan lebih baik Lebih kedap bunyian dari luar
  • Lebih kedap bunyian dari luar

CVT TECHNOLOGY 
  • CVT ialah adalah sejenis sistem transmisi yang boleh menukar tanpa langkah melalui suatu bilangan nisbah gear berkesan yang tak terhingga antara nilai maksimum dan nilai minimum. Ia bertentangan dengan transmisi mekanikal lain yang hanya membenarkan beberapa bilangan nisbah gear tertentu untuk dipilih.
  • Keanjalan CVT membolehkan aci pacuan untuk mengekalkan kelajuan sudut yang malar melalui satu banjaran kelajuan keluaran. Ia mampu menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih baik daripada sistem transmisi lain dengan membenarkan enjin berjalan pada putaran seminitnya (RPM) yang paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan.
  • CVT boleh memantapkan  kelajuan kenderaan dan membenarkan kelajuan enjin dikekalkan pada tahap kecekapan mekanikal kemuncaknya. Ini menambah baik penjimatan bahan api, dan seterusnya, pelepasan asap.
  •  CVT beroperasi dengan lancar kerana tiada penukaran gear yang boleh menyebabkan kejutan gear. selain itu terdapat kurang bahagian bergerak pada kotak gear CVT.
  • Kotak gear CVT tidak memerlukan penukaran bendalir transmisi automatik sebagaimana transmisi automatik konvensional, kecuali pada kereta.